Entry: Kudus Kasih Wednesday, September 20, 2006



 

Kudus Kasih

Maafkan aku…
Aku tidak berkemampuan
Menghadiahkan cakerawala di langit
Mengutip bunga-bunga di benua taman
Untuk dijadikan hantaran
Seperti apa yang kau pintakan.

Akan tetapi,
Aku mampu menghadiahkan
Al-Quran dan Al-Fatehah
Meluangkan azan di telinga
Agar kau tidak lupa
Akan syurga yang menanti kehadiran
Kita, Adam & Hawa.

Maafkan aku…
kerna tidak terdaya
Mencari intan permata dalam lautan luas
Mencapai cita-cita saktimu atasku
Yang akan membuatmu bangga
Seperti apa yang engkau impikan

Akan tetapi,
Akanku cari air di padang pasir
Tatkala kau kehausan
Menyerah kain andai kau kesejukkan
Dan menangkap ikan dilautan
Jika kau kelaparan..
Kerna aku mahu kau tahu
Aku dapat menjagamu
Dan membimbingmu..

Maafkan daku…
Kerana kemiskinan kata-kata romantis
Tuk memuja
Kelemahan diri untuk menyentuh kalbu
Seperti yang engkau inginkan..

Akan tetapi..
Aku selalu berdoa
Tatkala digelangi rindu padamu
Kerna aku percaya
Dengan kudrat Ilahi
Yang mengasihi hambaNya,
Termasuk kau, Hawa..

Maafkan aku….
Kerana tidak memenuhi
Semua syarat untuk memilikimu
Akan tetapi..
Belajarlah mencintaiku dahulu
Sepertimana aku belajar erti ketabahan
Untuk mendapatkan cintamu…

Siti Rohani
20hb Sept 06

PS: Puisi ini direka khas untuk sesiapa yg sedang bercinta..

   1 comments

Heariwan
October 24, 2008   02:02 AM PDT
 
Cantik puisi Saudari Siti. Saya
rasa tentu sesiapa yang pernah bercinta atau sedang bercinta akan memahami puisi yang Saudari Siti
tuliskan. Saya pasti mereka tentu
akan berkongsi dgn si dia.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments