Entry: Tulisan dari Qalbu... Tuesday, September 12, 2006



TUlisan dari Qalbu...

Tatkala aku ingin menangis
Kuharap awan mendung akan merintis
Agar tiada sesiapa yang sedar
Dalam hujan, ada sendu yang berkumandang

Jika aku ingin menjerit
Biarlah tiada seorang pun yang mendengar
Hati ini mampu menampung
Segala kemelut yang terapung

Andai aku ingin jadi perindu
Kuluahkan saja dalam doaku
Biarlah si penerima tidak tahu
Asalkan ada tempat untukku mengadu

Jika aku ingin membenci
Bencilah diriku kerana membenci
Akan ku cantum serpihan kaca menjadi permata
Meski jari terluka...

Tatkala aku ingin menulis
Pena yang menari atas kertas
Memindahkan madah dari qalbu
Dijadikan khazanah Hasil_Ciptaanku

Siti Rohani bte Rasid
 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments