|
Mahligai umpama Syurga
Ibarat potongan syurga Yang dipindahkan ke bumi Menyelam kasih tiada terperi Selalu menyinari, Memancarkan wajah cinta Agar kelihatan senantiasa berseri...
Sudah lama kita mendayung Menuju ke mahligai istana Sampai juga destinasi bahagia Seakan-akan tidak percaya Allah telah mempertemukan kita dan merestuinya...
Harumnya taman itu Dihiasi dengan alam semesta Yang turut merasakan kebahagiaan kita Meraihkan bersama...
Senyumlah wahai pujaan hatiku Sebagai tanda kesyukuran Impian kita telah dimakbulkan... Dan teruskan doamu Jangan terhenti Kerana itulah ramuan rahsia Mahligai umpama Syurga...
siti Rohani bte Rasid 17hb Ogos '06
|