Tenggelam dalam dakapan malam
Diseluputi debu hitam
Malunya aku pada bulan
Dan bintang
Yang menjadi saksi
Kebodohan dan kelemahanku..
Janji yang telah ku pungkiri
Suara godaan ku ikuti
Masa lalu
Yang telah ku campak jauh
Kini
Datang kembali..
Benarkah
Sekuntum mawar itu tak bererti
Bila layu kerana kehausan
Bila gugur kelopaknya
Bermakna
Cinta itu telah mati?
Cuba menangkis segala bisikkan
Tetapi rayuan lebih hebat
Memaut naluri untuk teruskan
Perbuatan
Yang mengelirukan
Adakah aku sedang berhadapan
Dengan realiti?
Aku sendiri tidak tahu...
Cahaya yang terang-benderang
Semakin silau
Untuk aku mendongak atas
melihatnya..
Lalu,
aku terjerat
Dalam ruang lembah
Yang diselubungi
Dinding-dinding gelap..
Siti Rohani bte Rasid
28 Feb 07
Posted at 06:08 by spiritualgal