Hasil Ciptaanku
online

Image Hosting | Video Hosting | Myspace Games
_Dia_


Image hosted by Photobucket.com

Siti Rohani Bte Rasid
Going 18
07Aug1988
Alexandra Hospital
Singaporean
Female
Single
Islam/Malay
Sallim Mattar Mosque & Al-Bustan
Mentor/Volunteer of Yayasan Mendaki
Teck Whye Primary
Unity Secondary School
Republic Poly
Yahoo!: wanita_kerohanian@yahoo.com.sg
MSN & Friendster: ct_dangerous@hotmail.com

Lelamanku
My Journey (2003-2004)
:ll Suratan Hidupku ll: (2004)

Ingin memberi pendapat?
   

<< September 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Image hosting by Photobucket

Assalamualaikum kepada para pembaca! Lelaman ini dikhaskan untuk karya puisi dan cerpen yang diminati dan dikarang oleh saya. Jika anda mahu mencetak atau meminjam idea, tolong meminta keizinan daripada saya dulu ye. Ampun maaf jika karya saya telah terguris hati anda secara tidak sengaja. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi untuk melawat laman web saya ini. Segala sokongan anda itu amat saya hargai. Anda boleh hubungi saya di alamat email wanita_kerohanian@yahoo.com.sg. Wassalam..

Image hosting by Photobucket

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, September 20, 2006
Kudus Kasih

 

Kudus Kasih

Maafkan aku…
Aku tidak berkemampuan
Menghadiahkan cakerawala di langit
Mengutip bunga-bunga di benua taman
Untuk dijadikan hantaran
Seperti apa yang kau pintakan.

Akan tetapi,
Aku mampu menghadiahkan
Al-Quran dan Al-Fatehah
Meluangkan azan di telinga
Agar kau tidak lupa
Akan syurga yang menanti kehadiran
Kita, Adam & Hawa.

Maafkan aku…
kerna tidak terdaya
Mencari intan permata dalam lautan luas
Mencapai cita-cita saktimu atasku
Yang akan membuatmu bangga
Seperti apa yang engkau impikan

Akan tetapi,
Akanku cari air di padang pasir
Tatkala kau kehausan
Menyerah kain andai kau kesejukkan
Dan menangkap ikan dilautan
Jika kau kelaparan..
Kerna aku mahu kau tahu
Aku dapat menjagamu
Dan membimbingmu..

Maafkan daku…
Kerana kemiskinan kata-kata romantis
Tuk memuja
Kelemahan diri untuk menyentuh kalbu
Seperti yang engkau inginkan..

Akan tetapi..
Aku selalu berdoa
Tatkala digelangi rindu padamu
Kerna aku percaya
Dengan kudrat Ilahi
Yang mengasihi hambaNya,
Termasuk kau, Hawa..

Maafkan aku….
Kerana tidak memenuhi
Semua syarat untuk memilikimu
Akan tetapi..
Belajarlah mencintaiku dahulu
Sepertimana aku belajar erti ketabahan
Untuk mendapatkan cintamu…

Siti Rohani
20hb Sept 06

PS: Puisi ini direka khas untuk sesiapa yg sedang bercinta..


Posted at 07:32 by spiritualgal

Heariwan
October 24, 2008   02:02 AM PDT
 
Cantik puisi Saudari Siti. Saya
rasa tentu sesiapa yang pernah bercinta atau sedang bercinta akan memahami puisi yang Saudari Siti
tuliskan. Saya pasti mereka tentu
akan berkongsi dgn si dia.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry