Mahligai umpama Syurga
Ibarat potongan syurga
Yang dipindahkan ke bumi
Menyelam kasih tiada terperi
Selalu menyinari,
Memancarkan wajah cinta
Agar kelihatan senantiasa berseri...
Sudah lama kita mendayung
Menuju ke mahligai istana
Sampai juga destinasi bahagia
Seakan-akan tidak percaya
Allah telah mempertemukan kita
dan merestuinya...
Harumnya taman itu
Dihiasi dengan alam semesta
Yang turut merasakan kebahagiaan kita
Meraihkan bersama...
Senyumlah wahai pujaan hatiku
Sebagai tanda kesyukuran
Impian kita telah dimakbulkan...
Dan teruskan doamu
Jangan terhenti
Kerana itulah ramuan rahsia
Mahligai umpama Syurga...
siti Rohani bte Rasid
17hb Ogos '06
Posted at 22:11 by spiritualgal