Sunday, September 23, 2007
Tenggelam dalam kehibaan
Malam kelam menyambut hujan
Datangnya ribut dan taufan
Menemaniku sepanjang jalan
Lelah hatiku menerung bulan
Kesakitan ini tak bisa ku tahan
Menghayun kaki secara perlahan
Ditemani bayangan sepanjang jalan
Kisah ini tak bisa dilanjutkan
Antara kita terwujud perbedaan
Harus ikuti yang telah diutuskan
Biarlah aku terdiam sepanjang jalan
Posted at 07:55 by spiritualgal
Permalink
Thursday, June 14, 2007

Episod 1
Ditinggalkan
Kerdipan matanya bersinar-sinar. Air mataku jatuh terlerai ke pipi gebunya. Ku akui perbuatan ini salah. Aku yang hina tidak layak digelar manusia. Di mana harusku letak mukaku? Di mana harusku pergi membawa diri? Ingin sekali aku melihatnya membesar, merangkak, bertatih dan tersenyum gembira. Ingin sekali aku mendukungnya seerat mungkin dan memimpin tangan si kecil itu sambil berjalan menuju ke kaki pelangi. Mencurahkan sepenuh kasih sayang seperti menantang minyak yang penuh. Dan ingin sekali aku mendengar dia panggil aku.. IBU.
Namun, aku malu berhadapan dengannya.. malu mengaku aku telah melahirkannya dan aku sangat malu seandainya dia bertanya tentang masa laluku. Siapa bapanya? Aku pun tidak pasti kerana diri ini penuh dengan noda yang mungkin tiada penghujungnya.
Nyaring tangisannya seakan-akan menjerit memanggilku supaya jangan tinggalkan dia keseorangan dalam kesejukkan malam. Aku sengaja pekakkan telinga, anggap ia hanya satu mimpi ngeri saja, berjalan di lorong sepi sambil mengheret luka dan sendu. Aku penyebabnya, aku pemusnahnya, aku yang salah. Itu sudah pasti. Menunding jari atas segala musibah pada diri sendiri. Kutunduk tatkala mengayunkan kakiku yang semakin berat dan lesu sekali. Apapun, aku tidak berani menoleh kebelakang...
Posted at 11:50 by spiritualgal
Permalink
Wednesday, February 28, 2007
Tenggelam dalam dakapan malam
Diseluputi debu hitam
Malunya aku pada bulan
Dan bintang
Yang menjadi saksi
Kebodohan dan kelemahanku..
Janji yang telah ku pungkiri
Suara godaan ku ikuti
Masa lalu
Yang telah ku campak jauh
Kini
Datang kembali..
Benarkah
Sekuntum mawar itu tak bererti
Bila layu kerana kehausan
Bila gugur kelopaknya
Bermakna
Cinta itu telah mati?
Cuba menangkis segala bisikkan
Tetapi rayuan lebih hebat
Memaut naluri untuk teruskan
Perbuatan
Yang mengelirukan
Adakah aku sedang berhadapan
Dengan realiti?
Aku sendiri tidak tahu...
Cahaya yang terang-benderang
Semakin silau
Untuk aku mendongak atas
melihatnya..
Lalu,
aku terjerat
Dalam ruang lembah
Yang diselubungi
Dinding-dinding gelap..
Siti Rohani bte Rasid
28 Feb 07
Posted at 06:08 by spiritualgal
Permalink
Monday, December 04, 2006
Posted at 19:43 by spiritualgal
Permalink
Thursday, November 02, 2006
Dia mengintip gerbang yg kututup
Mengetuknya perlahan-lahan
Lalu menyapa tanpa kusedari
Haruskah aku menjemputnya kemari?
Perasaan yang hadir terus berlarut
Menghiasi duniaku dengan kerdipan bintang
Mungkinkah ini tanda kasih sayang
Dari pengintip tirai hatiku..
Meski dia bukan dewa yang kucari
Tapi dia membuatku rasa seperti dewi
Kerana simpati, aku menerimanya
Sepenuh hati, aku akan mencintainya...
Dia melodi, aku puisi
Melantunkan lagu nan indah
Dia dihati, aku disisi
Adakah ini dinamakan cinta?
Namun akhirnya kusadari
Kewujudan jurang pemisah
Bedanya antara kau dan aku
Tak mungkin hati dapat menyatu
Hati adalah sebuah ladang harapan
Aku tidak mampu menyuburkan tanamannya
Maafkanlah aku andai ia menjadi layu
Carilah puteri yang dapat menyiramkanya
Percayalah...aku tidak layak tuk kau miliki...
Siti Rohani bte Rasid
02 Nov 2006
Posted at 18:16 by spiritualgal
Permalink
Wednesday, September 20, 2006
Kudus Kasih
Maafkan aku…
Aku tidak berkemampuan
Menghadiahkan cakerawala di langit
Mengutip bunga-bunga di benua taman
Untuk dijadikan hantaran
Seperti apa yang kau pintakan.
Akan tetapi,
Aku mampu menghadiahkan
Al-Quran dan Al-Fatehah
Meluangkan azan di telinga
Agar kau tidak lupa
Akan syurga yang menanti kehadiran
Kita, Adam & Hawa.
Maafkan aku…
kerna tidak terdaya
Mencari intan permata dalam lautan luas
Mencapai cita-cita saktimu atasku
Yang akan membuatmu bangga
Seperti apa yang engkau impikan
Akan tetapi,
Akanku cari air di padang pasir
Tatkala kau kehausan
Menyerah kain andai kau kesejukkan
Dan menangkap ikan dilautan
Jika kau kelaparan..
Kerna aku mahu kau tahu
Aku dapat menjagamu
Dan membimbingmu..
Maafkan daku…
Kerana kemiskinan kata-kata romantis
Tuk memuja
Kelemahan diri untuk menyentuh kalbu
Seperti yang engkau inginkan..
Akan tetapi..
Aku selalu berdoa
Tatkala digelangi rindu padamu
Kerna aku percaya
Dengan kudrat Ilahi
Yang mengasihi hambaNya,
Termasuk kau, Hawa..
Maafkan aku….
Kerana tidak memenuhi
Semua syarat untuk memilikimu
Akan tetapi..
Belajarlah mencintaiku dahulu
Sepertimana aku belajar erti ketabahan
Untuk mendapatkan cintamu…
Siti Rohani
20hb Sept 06
PS: Puisi ini direka khas untuk sesiapa yg sedang bercinta..
Posted at 07:32 by spiritualgal
Permalink
Tuesday, September 12, 2006
TUlisan dari Qalbu...
Tatkala aku ingin menangis
Kuharap awan mendung akan merintis
Agar tiada sesiapa yang sedar
Dalam hujan, ada sendu yang berkumandang
Jika aku ingin menjerit
Biarlah tiada seorang pun yang mendengar
Hati ini mampu menampung
Segala kemelut yang terapung
Andai aku ingin jadi perindu
Kuluahkan saja dalam doaku
Biarlah si penerima tidak tahu
Asalkan ada tempat untukku mengadu
Jika aku ingin membenci
Bencilah diriku kerana membenci
Akan ku cantum serpihan kaca menjadi permata
Meski jari terluka...
Tatkala aku ingin menulis
Pena yang menari atas kertas
Memindahkan madah dari qalbu
Dijadikan khazanah Hasil_Ciptaanku
Siti Rohani bte Rasid
Posted at 11:22 by spiritualgal
Permalink
Friday, August 18, 2006
Kehilangan Emosi
Aku rapuh saat ditinggalkan
Oleh kekasih yang ku anggap sejati
Bertahun aku membina harapan
Pedihnya mendidih tak dapat kulupakan
Dia mencuri dan membunuh mimpi indahku
Duhai bulan, apa salahku?
Pengorbananku dianggap sebagai sampah
Sia-sia saja aku leraikan tangisan untuknya
Terasa sepi, tertekan jiwaku
Bahkan dunia tanpa warna
Hanya cahaya menyuluhkan derita
Pada wajahku yang zahirnya kelihatan ceria
Terkesima aku tika bersendirian
Alpa tentang maksud kebahagiaan
Walaupun aku manusia biasa
Aku seperti tidak ada perasaan lagi
Haruskah aku tersenyum
Andai dia kembali?
Haruskah aku menolaknya pergi?
Setelah aku diperlakukan sebegini…
Aku benar-benar kehilangan
Rasa kesedihan mahupun kegembiraan
Aku lah.. seorang kehilangan emosi
Penulis: Siti Rohani
Idea & gambar: Dzel
Posted at 08:27 by spiritualgal
Permalink
Thursday, August 17, 2006
Mahligai umpama Syurga
Ibarat potongan syurga
Yang dipindahkan ke bumi
Menyelam kasih tiada terperi
Selalu menyinari,
Memancarkan wajah cinta
Agar kelihatan senantiasa berseri...
Sudah lama kita mendayung
Menuju ke mahligai istana
Sampai juga destinasi bahagia
Seakan-akan tidak percaya
Allah telah mempertemukan kita
dan merestuinya...
Harumnya taman itu
Dihiasi dengan alam semesta
Yang turut merasakan kebahagiaan kita
Meraihkan bersama...
Senyumlah wahai pujaan hatiku
Sebagai tanda kesyukuran
Impian kita telah dimakbulkan...
Dan teruskan doamu
Jangan terhenti
Kerana itulah ramuan rahsia
Mahligai umpama Syurga...
siti Rohani bte Rasid
17hb Ogos '06
Posted at 22:11 by spiritualgal
Permalink
Friday, August 04, 2006
Yang benar, saksimu
Aku memeluk diri dalam kesepian
Terasa dunia ini begitu sempit untukku
Berikanlah aku ruang kebebasan
Untukku bernafas dan terbang ke awangan
Besi yang memagar diriku
Sedangkan aku tercipta bersayap
Sesekali aku menjadikan sebuah pameran
Di mata manusia yang tak bertanggungjawab
Mereka tidak pernah tahu
Sebalik siulan luahan hatiku
Hanya dikembalikan siulan itu
Tetapi tidak pernah mengerti
Wujudnya aku tuk menjadi saksi
Memerhatikan gerak-geri manusia yang ku sangsi
Janganlah mematung diri bila aku bercakap nanti
Kerna seharusnya kau tahu siapa aku sebenar
Siti Rohani bte Rasid
04 0gos 06
Posted at 07:51 by spiritualgal
Permalink